Anak dimasukkan ke wad, Nazrief Nazri pohon doa orang ramai - Utusan Malaysia

Anak dimasukkan ke wad, Nazrief Nazri pohon doa orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nazrief Nazri memohon orang ramai agar mendoakan anak sulungnya, Noah diberi kesembuhan segera daripada demam panas yang dialaminya.

Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri menerusi Instagram memberitahu, Noah masih mengalami demam panas sejak lima hari yang lalu dan kini telah dimasukkan ke hospital.

“Minta maaf kepada sahabat handai, client, rakan perniagaan dan sesiapa sahaja yang ada WhatsApp atau hubungi saya dua tiga hari ini.

“Anak lelaki saya mengalami demam panas sejak 29 September dan semalam dia terpaksa dimasukkan ke wad disebabkan demam yang tidak surut-surut.

“Minggu yang amat sukar bagi saya dan juga isteri. Tolong doakan bayi kami cepat sembuh,” tulisnya.

Nazrief dan isteri, Aizatul Aqma Hamdan menimang cahaya mata sulung mereka pada 19 Julai lalu.

Namun pasangan ini diuji apabila bayinya itu disahkan positif Covid-19.

Nazrief dan isteri bagaimanapun tidak dijangkiti wabak berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya