Aliran trafik di daerah Kuala Muda lancar  - Utusan Malaysia

Aliran trafik di daerah Kuala Muda lancar 

KEADAAN aliran trafik yang lengang di Jalan Kampung Baharu, Sungai Petani hari ini. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Jumlah pergerakan kenderaan di daerah ini yang terletak di sempadan Kedah dan Pulau Pinang tidak berlaku pertambahan secara luar biasa pada hari ini.

Tinjauan di Plaza Tol Sungai Petani Selatan dan Utara serta kawasan sekitarnya mendapati aliran trafik lancar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Anuar Abdul Rahman berkata, aliran trafik pada semalam dan hari ini adalah sama seperti aliran trafik pada setiap hujung minggu.

“Kita mendapati hanya berlaku sedikit peningkatan jumlah kenderaan yang memasuki daerah Kuala Muda sejak petang semalam tetapi ia tidak menjejaskan aliran trafik di daerah ini. 

“Peningkatan ini bukan semata-mata kerana orang ramai pulang bercuti ke kampung tetapi turut membabitkan ahli keluarga menghantar anak-anak mereka ke beberapa buah pusat pengajian yang terdapat di daerah ini,” katanya di sini hari ini.

Kata Anuar, pergerakan luar biasa hanya dikesan berlaku pada hari pertama kebenaran rentas negeri dengan jumlah kenderaan melebihi 25,000 buah memasuki daerah ini.

“Jumlah itu kembali menurun kepada rekod lama antara 20,000 hingga ke 25,000 kenderaan sahaja sehari,” katanya.

Beliau memberitahu, aliran trafik di jalan Persekutuan dan jalan negeri di sini juga berjalan lancar seperti biasa di kesemua arah.

“Bagaimanapun pegawai dan anggota trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda sentiasa dalam keadaan bersedia memantau keadaan.

“Walaupun tiada sekatan jalan raya (SJR), kita tetap akan membuat pemeriksaan secara rawak bagi memastikan hanya mereka yang telah lengkap dua suntikan vaksin dibenarkan merentas negeri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya