ALI2021 umum 30 lagu terbaik - Utusan Malaysia

ALI2021 umum 30 lagu terbaik

JENNIFER Thompson (tiga dari kanan) bersama juri Anugerah Lagu Indie 2021 (#ALI2021). - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Anugerah Lagu Indie (ALI) 2021 mengumumkan 30 lagu terbaik yang layak ke peringkat separuh akhir yang akan diadakan dalam tiga sesi pada bulan depan.

Lagu-lagu tersebut dipilih daripada 200 lagu yang disenarai pendek daripada keseluruhan 757 lagu yang menghantar pencalonan.

Ketua Juri, Jennifer Thompson berkata, penilaian yang dilakukan 12 juri sangat sukar kerana hampir semua 200 lagu yang disenarai pendek adalah berkualiti dan terdiri daripada pelbagai genre berbeza.

Jelas beliau, dengan barisan juri yang datang daripada pelbagai latar belakang muzik berbeza, keputusan akhirnya dapat dibuat.

“Walau bagaimanapun, ini bukanlah soal menang atau kalah. Ini tentang meraikan bakat dalam lapangan indie yang pelbagai. Itulah yang diperjuangkan ALI,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengumuman peserta separuh akhir ALI2021 yang diadakan di Lanai Santai, Spacerubix, di sini.

Yang turut hadir, juri jemputan, Gjie Arlis; Naib Presiden Esports Integrated (ESI), Muhammad Fadzli Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif Rakita, Ahmed Faris Amir; Naib Presiden Rakita, Loy Ekzan dan Pengasas Hashtag Media, Elmi Elmo.

Peringkat separuh akhir ALI2021 akan diadakan pada 6, 13 dan 20 November ini dan disiarkan secara langsung di saluran Youtube Anugerah Lagu Indie.

Kesemua 30 lagu yang layak terdiri daripada pelbagai genre termasuk rock, pop, synth pop, hip hop dan balada.

Lebih menarik, selain bahasa Melayu dan Inggeris, terdapat sebuah lagu berbahasa Jepun (All Over Again – Rina-Hime) dan Tamil (Enge Port – Arunboii) yang turut layak.

Peringkat akhir ALI2021 akan menampilkan 12 lagu terbaik dan diadakan di Spacerubix, di sini pada 18 Disember.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya