Alami masalah pendengaran, Elyana akan jalani pemeriksaan susulan

Alami masalah pendengaran, Elyana akan jalani pemeriksaan susulan

ELYANA terpaksa baring secara mengiring selepas dimasukkan ubat di bahagian kiri telinganya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal tanah air, Elyana Emrizal mendedah dirinya mengalami masalah pendengaran di bahagian telinga kiri.

Susulan itu, Elyana juga memaklumkan permasalahan yang dialaminya itu sudah bertahun dan kini terpaksa dimasukkan ubat di dalam telinga kirinya tersebut secara mengiring.

Kata penyanyi lagu popular kalis Rindu itu, dia perlu berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) bagi pemeriksaan susulan permasalahan yang dialaminya, beberapa hari lagi.

“Saya perlu tidur mengiring kerana jururawat baru sahaja titikkan ubat dalam telinga sebelah kiri ini. Telinga saya sudah bertahun-tahun bermasalah serta hidung saya juga.

“Jadi, semalam pakar telinga dan mulut datang periksa. Dia memberi ubat titik dahulu.

“Dalam beberapa hari saya kena datang janji temu untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut untuk bahagian telinga dan hidung,” kongsinya di Instastory.

Mengulas lanjut, Elyana turut memberitahu mengalami pening dan berpusing yang dikatakan akibat masalah pendengaran dan pernafasan berkenaan.

“Selama ini pernafasan dan pendengaran saya memang tidak berapa jelas sangat. Saya rasa pening dan berpusing.

“Tak dengarlah, memang tidak. Dengar sebelah kanan sahaja, tidak seimbang. Nafas pun sama perlu periksa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya