Akta Anti-Doping Malaysia 2021 bakal dikuatkuasakan  - Utusan Malaysia

Akta Anti-Doping Malaysia 2021 bakal dikuatkuasakan 

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menguatkuasakan Akta Anti-Doping Malaysia 2021 dalam tempoh dua tahun lagi, sekali gus bakal dijadikan panduan undang-undang terhadap arena sukan negara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pembangunan akta tersebut  sedang giat dibangunkan bersama Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas).

“Ia memerlukan masa di mana prosesnya bermula ketika ini dan dijangka dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lagi,” katanya pada majlis Perasmian Seminar Anti-Doping Kebangsaan 2021 di Hotel Tenera Bangi, hari ini.

Menurutnya, sebanyak tujuh siri sesi libat urus dengan lebih 1,300 orang pihak pemegang taruh telah dilaksanakan sejak dari bulan September hingga Oktober 2021.

“Hasil dapatan dari soal selidik yang dijalankan mendapati, majoriti peserta bersetuju dengan hasrat KBS (Kementerian Belia dan Sukan) untuk membangunkan Akta Anti-Doping ini dalam usaha memastikan gejala doping dapat dikawal di negara kita.

“Melalui kerjasama dengan Akademi Kejurulatihan Malaysia di Institut Sukan Negara (ISN) sejak tahun 2019, silibus anti-doping buat pertama kalinya telah dimasukkan sebagai salah satu subjek wajib untuk para jurulatih melalui Kursus Kejurulatihan Sains Sukan Tahap 1, 2 dan 3,” tegasnya.

Tambahnya, kerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) melalui kursus pengurusan badan sukan turut memuatkan anti-doping di dalam silibus.

“Pelbagai inisiatif kerjasama rentas telah diadakan antara Adamas dan agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi,Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Sukan Negeri serta Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Negeri.

“Pembangunan kapasiti melibatkan kumpulan pengerak anti-doping seperti Pegawai Kawalan Doping dan Pengajar anti-doping kini giat dilaksanakan bersama pihak Majlis Sukan Negeri, termasuklah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya