Penjual susu lembu temui ajal depan Hospital Melaka

Penjual susu lembu temui ajal depan Hospital Melaka

KAKITANGAN perubatan Hospital Melaka memeriksa tubuh P. Daniel Nathan sebelum disahkan meninggal dunia. - FOTO/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang penjual susu lembu menemui ajal di hadapan Hospital Melaka selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah pacuan empat roda (4WD) di Jalan Mufti Haji Khalil, di sini semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, mangsa, P. Daniel Nathan, 24, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 135LC dalam perjalanan dari arah Bukit Palah menghala ke jejambat Tun Ghafar Baba.

“Siasatan awal di tempat kejadian, mangsa dan Mitsubishi Triton itu datang dari arah yang sama. 

“Apabila tiba di lokasi, 4WD berkenaan telah berhenti di tepi lorong kiri dan tiba-tiba mangsa merempuh bahagian belakang sebelah kanan kenderaan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan perubatan Hospital Melaka.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya