PETALING JAYA: Bagaikan terkejut dengan soalan yang diajukan seorang warganet, pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar menafikan dirinya bernikah pada hari ini seperti yang dikatakan di media sosial.
Menerusi entri Instagram, salah seorang peminatnya bertanya soalan berkenaan dirinya bakal bernikah hari ini, selepas dia membuka ruang pertanyaan di Instastory.
“Eh, tadi terbaca informasi di Facebook Abe Jo nikah hari ini. Macam mana keluar dengan Yam (anak perempuannya) pula,” tanya seorang individu di Instagram.
Sehubungan itu, Fizo tampil membalas soalan berkenaan dengan coretan ringkas.
“Aik, yeke?” responsnya berkenaan soalan tersebut.
Pada hantaran Instastory Fizo sebelum ini, dia meminta pendapat para pengikutnya untuk membawa cahaya mata perempuannya itu bersiar-siar, pada hari ini.
Sebelum ini, pelakon itu dikhabarkan bakal berkahwin selepas dua tahun lebih hidup menduda.
Terdahulu, Fizo juga memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini, menerusi hantaran di Instagram ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36. – UTUSAN