Aidil 'cabar' pemain muda, baharu - Utusan Malaysia

Aidil ‘cabar’ pemain muda, baharu

AIDIL ZAFUAN(tengah) mengakui memegang label senior membuatkannya lebih banyak tugasan, terutama membimbing pemain baharu dan muda, di samping mahu berikan yang terbaik untuk skuad kebangsaan dalam perlawanan akan datang.- IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Radzak mencabar barisan pemain baharu dan muda untuk membuktikan bahawa mereka layak untuk menyarung jersi skuad kebangsaan. 

Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, beliau yakin dengan perancangan Tan Cheng Hoe sambil menyifatkan pengendali Harimau Malaya tersebut pasti mempunyai ramuan tersendiri.

“Kali ini memang pemain dipanggil kebanyakkan adalah muka-muka baharu dan pemain muda. Untuk saya pemain-pemain ini ada kelebihan masing-masing daripada sudut pandangan jurulatih.

“Jadi saya harap pemain yang dipanggil kali ini memberi aksi terbaik dan tunjukan sesuatu kepada penyokong negara bahawa mereka selayaknya dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan,” katanya.

Aidil berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, awal pagi Sabtu lalu.

Ketika pusingan kelayakan Piala Dunia Jun lalu, majoriti pemain yang dibawa Cheng Hoe tidak meraih minit permainan yang banyak bersama pasukan masing-masing dalam saingan Liga Malaysia.

Faktor itu, menyaksikan barisan jurulatih terutama Cheng Hoe dihujani kritikan, ditambah dengan prestasi hambar ketika tewas kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) namun cuba bangkit ketika pertemuan dengan Vietnam, disusuli kemenangan ke atas Thailand, di Dubai.

“Betul, kali ini tugasan saya sebagai pemain senior… bukan nak kata lebih berat tapi banyak yang perlu dilakukan. Saya kena lebih banyak bimbing mereka dan dalam masa sama saya ingin berikan yang terbaik untuk skuad kebangsaan pada perlawanan akan datang.

“Kita tahu Jordan dan Uzbekistan pasukan yang kuat. Cuma saya mengharapkan pemain beri yang terbaik dalam dua perlawanan ini, bagi saya jika kita dapat pamerkan aksi terbaik maka keputusan yang bagus akan dicipta,” ujarnya.

Malaysia yang menduduki ranking ke-154 dunia akan berdepan Jordan (ke-93 dunia) di Stadium King Abdullah II di Amman pada 6 Oktober dan Uzbekistan (ke-84 dunia) di Stadium Antarabangsa Amman, 9 Oktober.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya