Agong santuni ‘reunion’ Royal Military Academy Sandhurst - Utusan Malaysia

Agong santuni ‘reunion’ Royal Military Academy Sandhurst

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyantuni Muhammad Yaasin dan Muhammad Haikal yang sedang menjalani latihan di Royal Military Academy Sandhurst, semalam. - FB ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri majlis perjumpaan semula bersama para rakan kadet ambilan SMC 19, tahun 1978 dan 1979, Royal Military Academy Sandhurst, semalam.

Menurut Istana Negara, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Komandan Royal Military Academy Sandhurst, Major Jeneral Duncan Capps, isteri, Robyn Capps, dan Penasihat Pertahanan Malaysia di United Kingdom, Brigadier Jeneral Safwan Ismail.

“Seri Paduka turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan memberi kata-kata perangsang kepada dua pegawai kadet Malaysia yang sedang menjalani latihan di Royal Military Academy Sandhurst.

“Pegawai Kadet, Muhammad Yaasin Kamaruddin dan Pegawai Kadet, Muhammad Haikal Mohd Tukiman dijadualkan tamat latihan di Royal Military Academy Sandhurst pada Disember ini dan April 2022,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. 

Royal Military Academy Sandhurst di London adalah sebuah institusi latihan ketenteraan terkemuka dunia yang sangat terkenal dalam pembangunan kepemimpinan dan latihan asas pegawai tentera darat.

Yang hadir sama Jurulatih Seri Paduka, Colin John yang amat berbangga dan terharu bertemu semula Al-Sultan Abdullah yang juga merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Tambah Istana Negara, pada majlis perjumpaan semula yang berlangsung di Indian Army Memorial Room itu, Al-Sultan Abdullah  berkenan menyantuni, bertanya khabar dan mengimbau kenangan manis dengan para rakan kadet Intake SMC 19 yang menjalani latihan bersama Seri Paduka.

“Keberangkatan Seri Paduka ke majlis ini turut mencerminkan keperibadian tinggi, keakraban dan keutuhan semangat setia kawan yang terjalin sejak lebih 40 tahun lalu. 

“Untuk kesinambungan tradisi, Seri Paduka menzahirkan hasrat agar dua anakanda Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah untuk turut menjalani latihan pegawai kadet di situ pada tahun hadapan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya