Agihan benih padi selesai 4 November ini - Utusan Malaysia

Agihan benih padi selesai 4 November ini

AHMAD Tarmizi Sulaiman (dua dari kanan) diberi penerangan mengenai bekalan benih padi sah ketika melawat Kilang Benih Padi Seri Merbok, Simpang Empat, Alor Setar, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pengagihan bekalan benih padi sah kepada pesawah yang membuat tempahan menerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dijangka selesai pada 4 November ini.

Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, proses pengedaran benih padi tersebut mencapai 86.4 peratus atau sebanyak 102,644 beg diterima oleh petani bagi penanaman musim 2/2021.

Katanya, sebanyak 130,338 beg benih padi dipesan oleh pesawah melalui PPK MADA sehingga 27 Oktober lalu.

Sementara itu, katanya, PPK MADA pula menerima bekalan sebanyak 118,813  atau 91 peratus beg benih padi dalam tempoh tersebut. 

“Jumlah pesanan yang diterima PPK adalah hanya 20 peratus daripada keseluruhan keperluan benih padi di kawasan Muda yang melibatkan kawasan seluas 96,558 hektar yang memerlukan 13,518 tan metrik atau 675,906 beg benih padi,” katanya selepas  melawat  Kilang Benih Padi Seri Merbok, Simpang Empat di sini hari ini.

Ahmad Tarmizi memberitahu, MADA juga telah melaksanakan beberapa inisiatif dan tindakan-tindakan proaktif untuk memastikan aktiviti penanaman oleh para peladang tidak tergendala. 

“MADA turut melaksanakan pemantauan secara berkala di tiga peringkat pengeluaran benih padi iaitu di peringkat pengeluar, pemborong, makmal Jabatan Pertanian Malaysia dan di peringkat PPK sendiri,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau  berkata, pesawah dinasihatkan membuat tempahan benih padi menerusi PPK bagi mengelak dimanipulasi harga oleh pihak yang tidak bertanggunggjawab.

Katanya, harga runcit BPS yang ditetapkan adalah RM35 satu beg namun pihaknya mengesan terdapat peruncit yang mengambil kesempatan menjual harga melebihi RM40 satu beg.

“Kita kesal dengan apa yang berlaku, ada peruncit ambil kesempatan manipulasi harga ketika pesawah memerlukan benih untuk memulakan penanaman padi musim 2/2021,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya