ADUN Sindumin sah keluar Warisan - Utusan Malaysia

ADUN Sindumin sah keluar Warisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob (gambar)  hari ini mengumumkan keluar dari Parti Warisan Sabah (Warisan).

Pengumuman ini sekaligus menjawab teka-teki mengenai hala tuju perjuangan politiknya selepas ini.

Ketua Penerangan Warisan ini keluar meninggalkan parti bagi menjadi ADUN Bebas.

Yusof mempertahankan kerusi DUN Sindumin dengan majoriti 424 undi dalam pertembungan lima penjuru semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Beliau memperolehi 5,415 undi bagi menewaskan pesaing terdekatnya, Sani Miasin yang merupakan calon Barisan Nasional (BN). – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya