95 kematian dilaporkan, 24 kes BID - Utusan Malaysia

95 kematian dilaporkan, 24 kes BID

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan sedikit penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 95 kes berbanding kelmarin, 98 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,769 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 24 daripada 95 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,827 kes.

Sebanyak 564 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 299 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,267 orang.

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 6,377 kes positif manakala kes sembuh sebanyak 6,637 kes.

“Sebanyak 564 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 294 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat lapan kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada lima kluster tempat kerja serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, komuniti dan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Pulau Pinang dan Labuan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya