PETALING JAYA: Kes harian Covid-19 menunjukan penurunan paling rendah dengan hari ini direkodkan 5,434 kes.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam akaun Twitter beliau hari ini.
“Sehingga 18 Oktober 2021, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 5,434 kes (2,396,121 kes),” katanya.
Berikut adalah pecahan mengikut negeri untuk semalam yang mana 6,145 kes baharu dilaporkan iaitu:
Selangor (1,036)
Johor (732)
Sarawak (730)
Kelantan (572)
Sabah (504)
Perak (461)
Pulau Pinang (438)
Kedah (370)
Terengganu (319)
Pahang (305)
Negeri Sembilan (214)
Melaka (206)
Kuala Lumpur (182)
Perlis (51)
Putrajaya (22)
Labuan (3)
– UTUSAN ONLINE