5 kakitangan hospital terima suapan lebih RM20,000 kerja pengurusan jenazah - Utusan Malaysia

5 kakitangan hospital terima suapan lebih RM20,000 kerja pengurusan jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan lima kakitangan sebuah hospital kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital berkenaan.

Menurut sumber, kegiatan tersebut dipercayai dilakukan sejak 2019 hingga tahun ini dan melibatkan jumlah suapan lebih RM20,000.

Difahamkan, kesemua suspek berusia antara 34 tahun hingga 44 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 petang tadi di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kesemua suspek yang disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor esok untuk permohonan reman. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN