Sebanyak 47,676 Rumah Mesra Rakyat dibina di seluruh negara

47,676 Rumah Mesra Rakyat dibina

HANIZA Mohamed Talha (depan, tiga dari kanan) bergambar bersama pemaju dan penerima Rumah Mesra Rakyat pada Program Penyerahan Surat Tawaran di Ara Damansara di Subang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 47,676 buah Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara merangkumi 2,233 di Selangor dibina Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan menyasarkan pembinaan 3,000 lagi bagi tahun ini.

Pembinaan RMR dimulakan selepas pembukaan sektor pemajuan perumahan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 21 Julai lalu.

Pengerusinya, Haniza Mohamed Talha berkata, Program RMR diwujudkan sejak 2002 bagi membantu golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan yang mempunyai sebidang tanah untuk membina rumah lebih selesa.

“RMR untuk membantu mereka yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah yang lebih sempurna dan selesa untuk didiami.

“Antara syarat kelayakan utama untuk memohon RMR adalah setiap pemohon perlu memiliki tanah atau tapak sendiri yang bersesuaian dengan keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kaki persegi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, semalam seramai 12 penduduk dari beberapa kawasan di sekitar Selangor yang terdiri daripada golongan B40 menerima surat tawaran untuk RMR Negeri Selangor.

Dalam pada itu, Haniza turut memaklumkan SPNB menyediakan reka bentuk rumah yang bersesuaian dengan keluasan tanah dan pada tahun ini, terdapat enam reka bentuk baharu disediakan bagi memberi pilihan kepada pemohon.

“Menerusi program ini juga, peserta program RMR akan menerima rumah berharga RM75,000 seunit dengan  subsidi sebanyak RM20,000. Permohonan RMR boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman sesawang SPNB di www.spnb.com.my,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya