30 pereka fesyen tempatan tembusi antarabangsa - Utusan Malaysia

30 pereka fesyen tempatan tembusi antarabangsa

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelbagai rekaan dan jenama fesyen tempatan yang dihasilkan 30 pereka serta penggiat kreatif tanah air diketengahkan melalui platform Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) bagi menaik taraf pasaran tempatan seterusnya ke peringkat global.

Inisiatif itu antara kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA) menerusi kempen berkenaan bertemakan My Gaya Month.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kerjasama itu secara tidak langsung merancakkan industri fesyen dan jenama pakaian tempatan sekali gus membantu memulihkan ekonomi pemain industri pereka fesyen dan industri yang banyak terjejas ketika pandemik Covid-19.

“Kempen sama juga membantu melonjakkan lagi keyakinan, peluang dan tapak buat jenama fesyen tempatan agar semakin dikenali di persada antarabangsa,” katanya dalam majlis perasmian My Gaya Month, secara maya hari ini.

Alexander berkata, antara produk yang diketengahkan pada kempen My Gaya Month itu ialah pakaian, aksesori, peralatan rumah dan perhiasan serta perkhidmatan jahitan.

Beliau berkata, antara nama pereka fesyen tempatan yang terbabit dalam program itu ialah Bon Zainal Harun, Batek by Rasta Rashid, Carro, Three Little Ahmads, Huda Hassan, Masterpiece by Masrina Abdullah, Bujins Batik, Ummiriaz International, Maswira Majid, Dimu Batik dan Pua Indah Batik.

Ia turut disertai Ramond Zack, Azhar Zainal, Spider, Hhm, Ad Design, Ash Majid, Jiewa, Kal Anesh, Jla Diva, Jk, Ghadezz, Rebel, Amar Amran, Bidwin Tailors, Accidentals Artist by Habsah Saufi, Emri, Izwani Shoes Designer, Anas Abdullah dan Tradisi by Fashion Hub MBDA.

KBBM tahun lalu mencatatkan peningkatan jualan ketara sebanyak RM3.3 bilion dengan jumlah unit simpanan stok (SKU) mencecah 326,000.

Peningkatan itu turut dilihat menerusi portal dalam talian ‘marketplace’ berbanding tahun sebelum ini dengan nilai jualan melebihi RM145 juta. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya