2,779 anggota pasukan penyelamat siap siaga bantu mangsa banjir Terengganu - Utusan Malaysia

2,779 anggota pasukan penyelamat siap siaga bantu mangsa banjir Terengganu

MOHD. Rosman Abdullah (tengah) memeriksa peralatan bagi menghadapi persiapan menghadapi monsun timur laut di Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu di Kuala Nerus. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 2,779 petugas daripada enam agensi penyelamat di negeri ini bersiap siaga digerakkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir, tahun ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Rosman Abdullah berkata, mereka terdiri daripada 833 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di samping 803 polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (517 orang), Jabatan Sukarelawan Malaysia (376 orang), Angkatan Tentera Malaysia (208 orang) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (42 orang).

Katanya, dari segi logistik, kesemua agensi berkenaan memiliki 163 bot, 132 kenderaan pacuan empat roda, 62 lori dan 24 ambulans.

“Besut diramal daerah terawal dilanda banjir pada awal November sebelum merebak ke daerah lain.

“Sehubungan itu, kita sudah mempersiapkan sebanyak 580 pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan sehingga 270,000 mangsa dengan 80 peratus daripadanya merupakan bangunan sekolah,” katanya dalam sidang akhbar persediaan menghadapi monsun timur laut di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Rosman berkata, hampir RM6 juta bantuan wang ihsan disalurkan kepada lebih 11,000 ketua isi rumah yang terjejas banjir, tahun lalu.

Katanya, bantuan kewangan berkenaan ditingkatkan sekali ganda daripada RM500 kepada RM1,000 seperti diumumkan kerajaan, September lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya