Sebanyak 162 mangsa banjir di Kuala Muda dipindahkan 

162 mangsa banjir di Kuala Muda dipindahkan 

SEBUAH keluarga dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air dalam kejadian banjir di Sungai Petani, Kedah, awal pagi hari ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seramai 162 mangsa banjir daripada 39 keluarga dipindahkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuala Muda di sini sehingga awal pagi hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, mangsa banjir tersebut dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air sedalam 0.3 meter hingga satu meter dalam kejadian banjir tersebut.

Menurutnya, kejadian banjir itu berlaku selepas hujan lebat pada pukul 3.30 petang semalam.

“PPS terbabit dibuka bermula pada pukul 8.16 malam selepas jumlah mangsa meningkat di Mukim Sungai Petani dan Mukim Sidam Kiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, tiga PPS itu ialah PPS Dewan Kampung Bukit Belah, Batu 2 yang menempatkan 16 mangsa daripada tujuh keluarga yang dibuka pada pukul 11.23 malam.

Katanya, PPS Masjid Al-Huda, Kampung Jerung yang melibatkan 131 mangsa daripa 25 keluarga dibuka pada pukul 12 tengah malam dan PPS Surau Taman Kenari pula menempatkan 13 mangsa daripada tujuh keluarga dibuka pada pukul 1.30 pagi.

“Operasi memindahkan mangsa banjir itu menggunakan sebuah lori dan dua buah bot APM,” ujarnya.

Selain itu, menurutnya, bantuan memindahkan mangsa banjir itu juga melibatkan pasukan penyelamat lain seperti pasukan bomba dan penyelamat, Rela serta polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya