1,547 penuntut kembali ke UPSI - Utusan Malaysia

1,547 penuntut kembali ke UPSI

MOHD. Nizam Nasrifan (kanan) menyantuni keluarga pelajar yang tiba di kolej kediaman Kampus Sultan Azlan Shah UPSI di Tanjung Malim, Perak,  hari ini. - IHSAN UPSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seramai 1,547 penuntut lama Ijazah Pertama yang terpilih, mula kembali ke kampus Universiti  Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini hari ini untuk meneruskan pengajian mereka bagi sesi akademik 2021/2022.

Pelajar dan keluarga yang tiba disambut  Pengerusi Majlis Pengetua Kolej Kediaman, Prof. Madya Dr. Mohd. Nizam Nasrifan, pengetua dan felo kolej kediaman.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff mengucapkan selamat kembali kepada semua pelajar yang terpilih setelah mereka dibenarkan kembali ke kampus. 

“Saya berharap semua pelajar yang kembali ke kampus  memanfaatkan segala kemudahan dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Menurutnya, semua penuntut baharu perlu selalu berkomunikasi dengan pensyarah masing-masing menerusi medium seperti telefon, WhatsApp, Telegram atau Google Meet.

Sementara itu, Ketua Timbalan Pendaftar UPSI, Zarina Mohd. Yaacob berkata, sesi pendaftaran turut dibantu Rakan Suai Kenal (RSK), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Mahasiswa Kolej (MMK).

Menurutnya, ini  bagi melancarkan proses pendaftaran pelajar termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, pelajar lama mendaftar di pekarangan Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah bermula hari ini sehingga 18 Oktober manakala sesi kuliah juga bermula pada 18 Oktober ini. 

“Pelajar lama akan ditempatkan di semua kolej kediaman yang terletak di Kampus Sultan Azlan Shah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya