PETALING JAYA: Pelakon berkaliber, Aishah Azman tidak mengambil pusing dakwaan segelintir warganet terhadap dirinya yang kononnya dikatakan melakukan pembedahan kecantikan pada wajah.
Namun, pelakon itu mengambil inisiatif untuk memaafkan segala tohmahan yang tidak berasas tersebut terhadap dirinya.
Menerusi entri Instagram, Aishah memuat naik beberapa tangkap layar yang menunjukkan komen segelintir warganet yang mendakwa dirinya melakukan pembedahan di wajah terutama di bahagian hidung.
“Tidak tahu nak gelak ke sedih. Zaman fitnah, sampai muka saya yang kembang macam kentang ini pun awak cakap saya buat.
“Tidak mengapalah, saya maafkah awak,” coretnya ringkas di Instagram.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pengikutnya memberi semangat dan berharap agar pelakon itu bersabar dengan kata-kata negatif tersebut.