Warga asing punca Felda Kechau 9 pula kena PKPD - Utusan Malaysia

Warga asing punca Felda Kechau 9 pula kena PKPD

KAWASAN Felda Kechau 9, Pahang,  antara sebahagian daripada skim tanah Gugusan Kechau. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah lagi skim tanah rancangan persekutuan di Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula pada Sabtu ini iaitu Ladang Felda Kechau 9, Mukim Kechau, Daerah Lipis, Pahang.

Ia susulan penularan pandemik Covid-19 di kawasan itu yang dilapor Jabatan Kesihatan Pahang sudah mencecah lebih 20 pesakit positif semalam termasuk 10 bukan warganegara.

 Kes jangkitan tempatan itu dipercayai daripada seorang bukan warganegara hasil saringan kontak rapat pada 20 September, serta merebak ke kawasan jirannya di Felda Kechau 1 dan 6. 

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut dikenakan PKPD pada tarikh sama ialah Taman Teratai dalam Mukim Budu di daerah itu ekoran tujuh kes baharu hasil saringan bergejala dan kontak rapat pada 25 September lalu. 

Sementara Kampung Bukit Serdang, Daerah Bera di negeri sama pula diwartakan PKPD mulai esok sehingga 14 Oktober ekoran sudah pun merekodkan 12 kes positif setakat semalam. 

Bagaimanapun, Rodzi menambah, empat lokaliti di negeri tersebut akan ditamatkan PKPD seperti dijadualkan esok iaitu Penjara Penor, Daerah Kuantan selain tiga perkampungan masyarakat Orang Asli dalam kalangan etnik Jahut iaitu Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong, Daerah Temerloh. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya