CAMERON HIGHLANDS: Seorang wanita maut setelah rumah didiaminya tertimbus dalam runtuhan tanah berikutan hujan lebat di Jalan Sungai Palas di sini, sebentar tadi.
Mangsa berusia 59 tahun itu dijumpai pasukan penyelamat pada pukul 5.41 petang.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands. – UTUSAN