Wanita cuba bantu mangsa kemalangan maut dirempuh

Wanita cuba bantu mangsa kemalangan maut dirempuh

ORANG ramai melihat kejadian yang mengakibatkan wanita maut dan lelaki cedera parah di Lebuh Raya Mex berhampiran Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malang nasib seorang wanita yang cuba membantu mangsa kemalangan apabila maut dirempuh kereta dalam kejadian di Kilometer 7.3 di Lebuh Raya MEX dari arah Bulatan Kampung Pandan menghala ke Putrajaya, dekat sini semalam. 

Kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu turut mengakibatkan seorang lelaki yang turut membantu cedera parah. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, pemeriksaan mendapati kemalangan melibatkan empat buah kenderaan.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan bermula apabila sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna putih telah hilang kawalan dan terbabas sendiri di lorong paling kanan. 

“Sebuah Nissan Almera Putih yang dipandu oleh seorang wanita berusia 43 tahun berhenti di bahagian hadapan kereta yang terbabas itu serta cuba memberikan bantuan.

“Ketika itu, beberapa kenderaan awam lain telah turut berhenti di bahu kiri jalan untuk memberikan bantuan sebelum datang sebuah Perodua Myvi berwarna ungu dipandu oleh seorang lelaki telah merempuh kedua-dua mangsa yang sedang memberikan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Sarifudin berkata, mangsa wanita meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lelaki mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ujar beliau, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan mementingkan keselamatan diri ketika memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan kemalangan jalan raya terutamanya di kawasan yang berselekoh dan dalam keadaan yang gelap. 

“Tidak digalakkan juga untuk berhenti di kawasan kemalangan terlalu ramai bagi mengelakkan kesesakan dan ini akan menyebabkan kelewatan untuk pasukan keselamatan memberikan bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan kemalangan,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya