KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor berbangga anak perempuannya, Nurlisa sudah berjaya menamatkan pengajian ijazahnya selepas empat tahun di Universiti Curtin, Perth, semalam.
Menurut pelakon berusia 54 tahun ini, meski tidak dapat hadir ke konvokesyen puteri kesayangannya itu, dia tetap teruja menyaksikan acara yang berlangsung secara virtual.
“Alhamdullilah, papa mama dan seluruh keluarga ucapkan tahniah di atas penerimaan ijazah.
“Walaupun tidak dapat bersama. Hanya menonton di alam maya, tapi gembira dapat menyaksikan sebentar tadi. Sudah dua tahun tidak berjumpa,” ujarnya di Instagram.
Dalam perkongsian itu, Rosyam turut memuat naik beberapa tangkap layar sebagai momen bermakna dalam hidupnya sebagai seorang bapa.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti merakamkan sekalung tahniah di atas pencapaian Nurlisa.