UTeM rangkul hadiah utama IMDC 2021 - Utusan Malaysia

UTeM rangkul hadiah utama IMDC 2021

NG CHI YUAN (dari kiri), SOON WEI SHENG dan WONG CHEE OON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merangkul hadiah utama Sarawak Energy Design Challenge menerusi projek Distribution Line Fault Alert System (DLFAS) pada pertandingan akhir Innovate Malaysia Design Competition (IMDC) 2021.

UTeM dalam kenyataannya memaklumkan, tiga mahasiswa dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) iaitu Ng Chi Yuan, Soon Wei Sheng dan Wong Chee Oon membawa pulang hadiah bernilai RM3,000.

Menurut universiti itu, penuntut berkenaan dibimbing dua penyelia kumpulan iaitu Prof. Madya Dr. Hidayat Zainuddin dan Prof. Madya Dr. Sharifah Sakinah Syed Ahmad.

“DLFAS adalah prototaip sistem amaran kerosakan talian pengagihan bagi meningkatkan kebolehpercayaan bekalan elektrik kepada pengguna di seluruh Sarawak, terutama di kawasan yang tiada rangkaian selular.

“Kumpulan ini turu memenangi hadiah saguhati sebanyak RM500 bagi kategori Microsoft Track,” katanya di sini hari ini.

IMDC 2021 menjadi medan mahasiswa seluruh negara untuk mempamerkan potensi, bakat serta inovasi melibatkan penyertaan 274 pasukan daripada 27 buah universiti dalam negara.

Hanya 36 pasukan disenarai pendek sebagai finalis dan berentap di pertandingan akhir.

Tambah kenyataan itu lagi, UTeM turut memenangi tempat kedua dalam kategori Keysight Track menerusi projek Development of Myoelectric Muscle Sensor with IoT Technology for Continuous Prediction of User Motion Intention.

Jelasnya, projek tersebut adalah berkaitan pembangunan sistem pengesan gabungan daripada isyarat neuro dan mekanikal untuk kelancaran pengendalian tangan robotik, agar berfungsi mengikut kehendak pergerakan pengguna bagi tujuan rehabilitasi.

“Projek ini dibangunkan oleh dua pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dari FKE iaitu Lee Leong Jin dan Chan Hwa Sheng di bawah bimbingan penyelia kumpulan yang juga tenaga pengajar FKE, Dr. Norafizah Abas dan Prof. Madya Dr. Mohd. Shahrieel Mohd. Aras.

“Sementara itu, kumpulan dari Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) turut mempamerkan kebolehan mereka menerusi projek Design of An Automated Illuminated Emergency Exit Door System bagi kategori Keysight Track, manakala pasukan dari FKE menerusi projek Design and Development of on-the go Soil Fertility Measurement by Using ATV bagi kategori CREST Design Challenge.

“Dua pasukan ini turut menyerlah dan memberikan saingan hebat di peringkat akhir dan memenangi hadiah saguhati sebanyak RM 500.00 bagi kategori masing-masing,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN