Undi18: Pindaan Perlembagaan Negeri Melaka perlu disegerakan

Undi18: Pindaan Perlembagaan Negeri Melaka perlu disegerakan

MUHAMMAD Khomeini Kamal (tiga dari kiri) menyerahkan memorandum kepada wakil Jabatan Ketua Menteri Melaka, Bahagian Komunikasi Korporat, Fairuzan Abdul Majid (kanan) di pekarangan pintu masuk Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - FOTO/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Satu pindaan terhadap Perlembagaan Negeri Melaka perlu dibuat selari dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur pengundi kepada 18 tahun (Undi18).

Pemuda Amanah negeri mendesak kerajaan negeri mengusulkan perkara itu dalam sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang akan bermula Isnin ini.

Ketuanya, Muhammad Khomeini Kamal berkata, pihaknya juga mendesak kerajaan negeri untuk segera meminda Perkara 12 Perlembagaan Negeri Melaka bagi mengubah had umur minima kelayakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) dari 21 tahun kepada 18 tahun.

“Pelaksanaan Undi18 ini sebelumnya telah dilengah-lengahkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dan penggantungan Parlimen dan DUN menyebabkan perubahan pindaan di peringkat negeri tergendala. 

“Pindaan tersebut adalah selari dengan Seksyen 4 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019. Malahan pindaan untuk menurunkan umur kelayakan ADUN ini telahpun dilaksanakan di negeri-negeri lain seperti Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. 

“Maka Kerajaan Negeri Melaka sewajarnya berbuat perkara yang sama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan dokumen memorandum kepada wakil Setiausaha Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Pada 3 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan melaksanakan Undi18 menjelang 31 Disember tahun ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Dalam pada itu, Muhammad Khomeini menambah, Amanah turut berharap semua ADUN Melaka menyokong usul pindaan tersebut sekiranya dibentangkan kelak.

“Malahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob juga telahpun bersetuju dalam memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pakatan Harapan (PH) untuk mempercepatkan Undi18,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya