UMT, Ketengah perkasa program pensijilan profesional skuba, pemandu pelancong  - Utusan Malaysia

UMT, Ketengah perkasa program pensijilan profesional skuba, pemandu pelancong 

MAZLAN Abd. Ghaffar (kiri) dan Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa menandatangani MoU antara UMT serta  Ketengah dalam majlis secara maya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkasa program pensijilan profesional berkaitan selaman skuba serta pelancongan.

Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, jalinan kerjasama strategik itu bakal melonjakkan lagi kualiti dan daya saing kedua-dua pihak menerusi penghasilan program berimpak tinggi serta mampu dikomersialkan.

“Kerjasama ini memberi ruang untuk kita menganjurkan program pensijilan profesional dalam selaman skuba komersial. 

“Malah, kita juga akan bekerjasama dalam program akademik peringkat diploma membabitkan bidang pelancongan dengan membantu melatih pemandu pelancong alam semulajadi yang mahir dan diiktiraf,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menandatangani MoU itu manakala Ketengah diwakili Pengurus Besarnya,  Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa dalam majlis yang diadakan secara maya.

Mazlan berkata, UMT amat mengalu-alukan warga kerja Ketengah untuk melanjutkan pengajian di institusi itu selaras dengan hasrat pembelajaran sepanjang hayat. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN