Ugut bakar, bekas pekerja kilang didenda RM3,000 - Utusan Malaysia

Ugut bakar, bekas pekerja kilang didenda RM3,000

Penyanyi wanita Kelantan yang ditahan bersama pil kuda di Golok akan didakwa hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang bekas pekerja kilang didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, terhadap tuduhan mengugut untuk membakar premis seorang pemilik restoran bertujuan mendapatkan wang perlindungan.

Majistret Nurshahira Abdul Salim mendenda K.Theepan Raj, 23, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayarnya.

“Saya main-main sahaja minta wang perlindungan daripada dia (mangsa),” jawab tertuduh ketika ditanya oleh mahkamah mengapa dia berbuat demikian.

Mengikut pertuduhan, anak kedua daripada lima beradik itu didapati secara jenayah menakutkan-nakutkan R. Venod Rao, 32, melalui aplikasi WhatsApp dengan mengugut untuk membakar kedainya.

Kesalahan dilakukan di sebuah restoran di Jalan Yong Shook Lin, Bandar Baru Petaling Jaya di sini pukul 2.24 petang pada 27 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama dua tahun, atau denda atau kedua-duanya.

Semasa prosiding, peguam Datin Raj Preet Kaur yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya diberi hukuman ringan atas alasan dia kesal dan insaf dengan perbuatan yang dilakukan.

“Akibat kes ini, dia diberhentikan kerja malah tahanan reman selama beberapa hari memberi pengajaran kepadanya supaya tidak mengulangi kesilapan sama pada masa depan,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zafirah Syed Mustapa mencadangkan kepada mahkamah agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, ketika pengadu berada di restoran, dia menerima mesej WhatsApp daripada tertuduh yang menyatakan mahu membakar kedai sekiranya tidak memberi wang RM500.

Pengadu yang takut dengan ugutan tersebut kemudian bertindak membuat laporan polis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya