Tujuh SJR daerah di Melaka ditutup - Utusan Malaysia

Tujuh SJR daerah di Melaka ditutup

TUJUH SJR daerah akan ditutup bermula pukul 12.01 tengah malam ini selaras dengan peralihan Melaka ke Fasa 3 PPN. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Semua sekatan jalan raya (SJR) daerah di Melaka ditutup tengah malam ini selari dengan peralihan ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPPN) bermula esok. 

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kesemua tujuh SJR ditutup menjelang pukul 12.01 tengah malam. 

Katanya, penutupan berkenaan juga selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk merancakkan sektor pelancongan melalui kempen ‘Melakan Visit Melaka’.

 “Kita akan menutup SJR daerah, namun SJR di semua pintu masuk negeri masih kekal kerana Melaka belum bersedia menerima pelancong dari luar seperti diumumkan sebelum ini.

“Polis Melaka bagaimanapun ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan pengguna jalan raya untuk kerjasama yang diberikan sepanjang Fasa 1 sejak 1 Jun lalu sehingga tengah malam ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali mengumumkan, Melaka kekal tidak membenarkan kedatangan pelancong dari luar buat masa ini, biarpun telah beralih kepada Fasa 3 PPN.

Keputusan itu telah diumumkannya sebelum ini dan sektor pelancongan akan digiatkan semula untuk pelancong dalam negeri sahaja. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya