TUDM naik taraf armada Hornet dan Sukhoi sebelum diganti - Utusan Malaysia

TUDM naik taraf armada Hornet dan Sukhoi sebelum diganti

PESAWAT Sukhoi–30MKM Flanker mula digunakan Tentera Udara Diraja Malaysia secara berperingkat sejak 2007. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menaik taraf armada pesawat tempur F/A-8D Hornet buatan Amerika Syarikat dan Sukhoi–30MKM Flanker buatan Rusia.

Menurut laporan media antarabangsa, kedua-dua model jet pejuang berkenaan dijangka mampu beroperasi untuk tempoh lama yang masing-masing sehingga tahun 2035 dan 2040.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dilaporkan mengesahkan pesawat tersebut malah dapat berfungsi dengan berkesan melalui siri program penambahbaikan biasa.

“Ini termasuk proses rutin penyelenggaraan secara berkala dan setelah melewati tahun yang ditentukan, dua model jet tersebut akan diganti dengan pesawat generasi baharu,” katanya.

Ketika ini F/A-18D Hornet ditempatkan di Skuadron 18 Pangkalan Butterworth, Pulau Pinang, manakala Sukhoi-30MKM Flanker di Skuadron 12 Pangkalan Gong Kedak, Terengganu.

TUDM akan melaksanakan program implementasi reka bentuk selama 12 tahun bermula pada tahun ini melibatkan lapan pesawat Hornet yang diterimanya itu sejak dekad 1990-an lalu.

Sementara 18 pesawat Sukhoi, ia bakal menjalani program kehidupan lestari dan peningkatan pertengahan hayat yang memanjangkan tempoh usia ketahanan selama hampir 20 tahun.

Susulan inisiatif tersebut, TUDM hanya akan melakukan kajian semula mengenai pesawat tempur pelbagai peranan untuk penggantian dua model berkenaan selepas tahun 2030 kelak.

Langkah itu juga ekoran TUDM pada masa ini dalam proses pencarian model baharu bagi menggantikan 18 jet tempur ringan BAE Hawk dan tujuh jet latihan penggempur MB-339CM.

Tender antarabangsa telah dibuka Kementerian Pertahanan sejak 22 Jun dan akan ditutup pada 22 September ini sejajar Program 55 Keupayaan TUDM yang dilancarkan pada 2018.

Dua armada pesawat BAE Hawk buatan Britain itu masing-masing ditempatkan dalam Skuadron 15 ‘Panther’ di Pangkalan Butterworth dan Skuadron 6 ‘Cakra’ di Pangkalan Labuan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya