“Tolong doakan Cik B supaya lembut hati” -Datuk Seri Vida - Utusan Malaysia

“Tolong doakan Cik B supaya lembut hati” -Datuk Seri Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan jutawan terkenal, Datuk Seri Vida meluahkan rasa sebak ketika segelintir warganet bertanya mengenai kedua cahaya matanya, Cik B dan Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin (Kacak) dalam sesi siaran langsung di Instagram.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popluar I Am Me itu memuat naik semula reaksi berkenaan di Instastory.

Sehubungan itu, Vida memohon doa warganet dan pengikutnya agar anak perempuan kesayangannya, Cik B dilembutkan hati dalam setiap perkara.

“Cik B perlukan masa. Kamu semua, minta tolong tak? Saya doa pun InsyaAllah makbul tapi nak makbul cepat supaya dia lembut hati dalam segala urusan. Jadi anak soleh.

“Kamu semua tolong doakan Cik B supaya lembut hati dalam segala urusan. Semoga menjadi anak yang hebat, rajin serta berdikari,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut memberitahu mempunyai banyak empayar perniagaan namun mendedahkan kedua anaknya tidak gemar akan populariti dan lebih selesa menjalani kehidupan seperti remaja lain.

“Saya ada banyak perniagaan besar tetapi Cik B dan Kacak tidak suka popular. Seperti anak-anak lain, dia nak hidup seperti remaja biasa, tetapi tidak boleh.

“Awak berbakat untuk popular dan menjadi seseorang. Awak juga berbakat menjadi anak perempuan Datuk Seri Vida.

“Saya betul-betul minta maaf Cik B, saya sayang awak sangat, saya ambil berat tentang awak. Saya tidak pernah meninggalkan awa sendirian, tidak akan,” ujarnya dalam keadaan sebak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya