Tok Gajah tewas lagi - Utusan Malaysia

Tok Gajah tewas lagi

PEMAIN tengah Sarawak United Sandro da Silva diasak pemain tengah Sri Pahang Manuel Hidalgo dalam pertembungan kedua-dua pasukan bagi aksi kumpulan A Piala Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sarawak United meneruskan rentak cemerlang dalam saingan kumpulan A Piala Malaysia selepas melakar kemenangan kedua dengan menundukkan Sri Pahang 2-0, untuk mengutip enam mata penuh, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan naib juara Liga Perdana itu telah berjaya menundukkan dua pasukan Liga Super, selepas mengejutkan Penang FC pada aksi pertama dengan keputusan 1-3 sekali gus memimpin kumpulan A.

Dalam aksi di Stadium UiTM, Shah Alam tempo kedua-dua pasukan pada babak pertama adalah seimbang biarpun Sarawak lebih banyak mengusai permainan.

Skuad kendalian E. Elavarasan hampir membuka tirai jaringan namun peluang keemasan itu gagal disudahkan penyerang sensasi dari Nigeria Uche Agba meskipun hanya berdepan penjaga gol Sri Pahang Zarif Irfan Hashimuddin pada minit ke-19.

Tersentak dengan serangan itu, skuad Tok Gajah mula mengatur gerakan dan turut berpeluang menjaringkan gol tetapi percubaan pemain tengah Nor Azam Azih pada minit ke-32 sekadar melewati palang Sarawak.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat bermula garang apabil terlebih dahulu menguji gawang tuan rumah menerusi percubaan Baqiudddin Shamsudin pada minit ke-55.

Pemain sayap berusia 26 tahun itu, sekali lagi melakukan percubaan selepas menerima umpanan Azam namun tindakan pantas penjaga gol Sarawak Shaiful Wazizi menutup ruang menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi.

Kebuntuan gol akhirnya dipecahkan oleh Sarawak menerusi rembatan kencang Tommy Mawat pada minit ke-60 selepas menerima umpanan cantik pemain tengah dari Brazil Sandro da Silva.

Walaupun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada gol dapat dihasilkan dan ia memberikan kekalahan kedua berturut-turut buat Sri Pahang yang tunduk kepada Kuala Lumpur City 1-3 pada aksi pertama di laman lawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya