Timbalan Speaker setuju ubah keputusan gantung MP Jelutong - Utusan Malaysia

Timbalan Speaker setuju ubah keputusan gantung MP Jelutong

MOHD. RASHID HASNON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon bersetuju mengurangkan tempoh penggantungan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dari dua hari kepada satu hari.

Pertimbangan itu dibuat selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon untuk mengurangkan hukuman tersebut.

“Saya menghormati Dewan ini dan saya juga perlu dihormati oleh ahli Dewan Rakyat, saya boleh mengambil budi bicara untuk saya putuskan, jadi satu hari (gantung), esok beliau boleh masuk.

“Tapi kena kurangkan provokasi supaya dapat selesai banyak perkara dengan baik dan sempurna,” katanya di Dewan Rakyat.

RSN RAYER

Terdahulu, Rayer diarah keluar dari Dewan Rakyat dan digantung dua hari kerana mengeluarkan kenyataan yang melanggar Peraturan Mesyuarat.

Ia diarahkan  Mohd. Rashid selepas Rayer mengeluarkan kenyataan ‘salah guna kuasa’ dan ‘memalukan’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN