Teruskan politik prihatin, khidmat kepada rakyat- Wan Saiful

Teruskan politik prihatin, khidmat – Wan Saiful

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Politik prihatin dan khidmat yang menjadi amalan ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar diteruskan oleh kerajaan hari ini, termasuk dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Ketua Penerangan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, denyut nadi dan kesusahan yang terpaksa ditempuhi rakyat sepanjang hampir dua tahun mengharungi suasana pandemik, mesti didengar, dibantu dan diberi perhatian sewajarnya.

“Dalam perbahasan RMK-12 di Dewan Rakyat oleh Presiden Bersatu hari ini, beliau menyeru agar kerajaan memberi penelitian dan pertimbangan sewajarnya terhadap realiti kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. Seruan ini mesti diberi perhatian serius oleh kerajaan.

“Maka, seperti yang diperingatkan oleh Tan Sri Muhyiddin, kerajaan perlu menunjukkan komitmen yang berterusan dalam menjaga kemaslahatan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini menegaskan bahawa Pelan Pemulihan Ekonomi rakyat yang terkesan akibat Covid-19 wajar menjadi fokus utama  dalam RMK-12 dan Belanjawan 2022 nanti.

Menurut Wan Saiful, kandungan RMK-12 dirangka di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri itu yang semestinya memahami dengan mendalam mengenai kandungan, semangat dan matlamatnya.

“Selari dengan prinsip keterangkuman yang diberi penekanan dalam RMK-12 dan sebagaimana yang dimulakan melalui pelbagai pakej bantuan sebelum ini, kerajaan mesti memastikan tidak ada satu segmen masyarakat pun yang tertinggal daripada arus pemulihan yang hendak dilaksanakan,” katanya.

Jelasnya, projek-projek yang bakal dilaksanakan termasuk yang berimpak tinggi seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) perlu memberi peluang kepada kepakaran serta penglibatan syarikat dan konsortium kewangan tempatan, terutama syarikat-syarikat bumiputera.

“Malaysia mempunyai ramai usahawan yang ada kepakaran dalam pelbagai sektor dan mereka mesti diberi ruang untuk menyumbang kepada pemulihan negara.

“Untuk memastikan sektor swasta menjadi enjin pertumbuhan ekonomi negara, langkah menilai semula peranan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) adalah langkah yang betul. 

“Kewujudan semua entiti ini haruslah membantu merancakkan ekonomi, bukannya mengekang perkembangan ataupun bersaing dengan syarikat dan usahawan tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya