Terima kasih semua, berkat doa - bapa Deen dibenar pulang dari hospital - Utusan Malaysia

Terima kasih semua, berkat doa – bapa Deen dibenar pulang dari hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas penyampai hot fm, Deen menarik nafas lega selepas bapanya, Madian Nawi yang menjalani pembedahan di kepala beberapa hari lalu dibenarkan pulang ke rumah.

Deen atau nama sebenarnya Nordin Madian, 33, berkongsi perkembangan tersebut menerusi Instagram, baru-baru ini.

“Alhamdulillah, bapa saya sudah dibenarkan pulang dari hospital. Terima kasih semua, berkat doa,” tulisnya di Instastory.

Dalam pada itu, Deen menerusi perkongsian berlainan yang dimuat naik tiga hari lalu menyuarakan dilema dihadapi ketika musim pandemik termasuk kesukaran untuk pulang ke kampung di Sarawak ekoran pelbagai kekangan.

“Moga cepatlah pandemik ini reda. Payah nak balik kampung jumpa keluarga lebih-lebih lagi orang Sarawak dan Sabah di Semenanjung.

“Kekerapan penerbangan pun kurang, tiket mahal, prosedur operasi standard (SOP) tukar-tukar, risau juga jadi pembawa virus. Dilema dan pening kepala,” tulisnya panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya