Syaiful cipta rekod peribadi terbaik - Utusan Malaysia

Syaiful cipta rekod peribadi terbaik

NUR SYAIFUL ZULKAFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Nur Syaiful Zulkafli berjaya cipta rekod peribadi baharu terbaik meskipun menamatkan final acara renang 50 meter (m) gaya bebas S5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dikedudukan kelima, sebentar tadi.

Syaiful mengakhiri renangannya dengan catatan masa 32.82 saat (s) untuk memadam rekod terbaiknya sebelum ini 33.20s yang dilakukan di kejohanan dunia di London 2019.

Dalam acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo itu, pingat emas, perak dan gangsa disapu bersih oleh ketiga-tiga perenang dari China.

Tao Zheng yang meraih emas, turut mencipta rekod baharu acara itu di Sukan Paralimpik dengan catatan masa 30.31s manakala perak menjadi milik Yuan Weiyi (31.11s) dan Wang Lichao meraih ganga (31.35s).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya