Suspek rogol, liwat, bunuh kerani disambung reman 6 hari - Utusan Malaysia

Suspek rogol, liwat, bunuh kerani disambung reman 6 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Suspek kes rogol, liwat dan bunuh seorang kerani wanita berusia 40 tahun di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal dekat sini minggu lalu, disambung reman enam hari lagi bermula hari ini.

Perintah reman sehingga Khamis depan itu dikeluarkan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab di Mahkamah Majistret di sini.

Terdahulu, suspek berusia 29 tahun itu yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di mahkamah dengan diiringi pegawai polis kira-kira pukul 9.45 pagi.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang wanita berusia 40 tahun dirogol dan diliwat sehingga maut dengan mayatnya disorok di bawah katil di tingkat bawah rumahnya awal pagi Sabtu lalu.

Kejadian itu disedari rakannya yang mencarinya di rumah kira-kira pukul 7.30 malam selepas mangsa gagal dihubungi selain tidak hadir pada pertemuan mereka seperti dijanjikan pukul 3 petang.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki untuk siasatan lanjut dan siasatan awal mendapati lelaki itu mendakwa memecah masuk kediaman wanita berkenaan pukul 2 pagi dan merogol serta meliwatnya.

Suspek juga mendakwa menyumbat mulut wanita itu dengan seluar dalam mangsa dan menutup mulutnya dengan tangan selepas mangsa menjerit dan melawan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya