“Susah sungguh nak tidur kebelakangan ini” -Izreen Azminda - Utusan Malaysia

“Susah sungguh nak tidur kebelakangan ini” -Izreen Azminda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Izreen Azminda memberitahu dia mengalami kesukaran untuk tidur di waktu malam, semasa sedang berbadan dua pada ketika ini.

Menurut Izreen, dia turut berkongsi dirinya kini juga sudah kurang makan, lebih-lebih lagi ketika sedang meniti hari untuk melahirkan cahaya matanya tidak lama lagi.

Bagaimanapun, pelakon drama popular Kerana Terpaksa Aku Relakan itu memaklumkan berat badannya pada waktu ini sudah mencecah 80 kilogram (kg).

“Dah hujung-hujung ini memang semua para ibu ada masalah tidur ke?

“Kami susah nak tidur kebelakangan ini. Kalau tidur pun, tidur-tidur ayam sahaja.

“Pusing sana tak kena, sini tak kena. Malah, makan pun dah kurang. Padahal dah 80kg ini,” kongsinya di Instagram.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pengikutnya yang juga para ibu tampil berkongsi pengalaman mereka semasa hamil.

Sebagai informasi, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Ude Wahid pada 8 Ogos 2019 dan kini dikurniakan seorang anak lelaki yang berusia dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya