“Suami saya sudah pulang, 12 hari yang mendebarkan” - Eina Azman - Utusan Malaysia

“Suami saya sudah pulang, 12 hari yang mendebarkan” – Eina Azman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Datin Paduka Eina Azman memaklumkan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah kini sudah pulang ke rumah selepas menerima rawatan Covid-19 di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26, berkata, 12 hari lalu merupakan episod paling mendebarkan buat diri dan keluarganya kerana memikirkan keadaan suami.

“Alhamdulillah syukur sekarang ini suami saya pulang ke rumah, mungkin juga daripada doa anda semua yang Allah makbulkan.

“Diimbas balik bila memikirkan keadaan suami saya yang dijangkiti Covid-19 dengan tahap empat dan paru-paru pun sudah merebak 30 peratus, malah oksigen turun naik. Doktor pun ada cakap kalau dalam masa dua ke tiga hari oksigen tidak okey, suami kena masuk Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kalau boleh saya memang tidak mahu suami saya dimasukkan ke ICU. Ya Allah saya tidak tahu nak cakap macam mana perasaan ketika itu,” ujarnya di Instagram.

Dalam perkongsian sama, Eina menggambarkan dirinya begitu gelisah memikirkan keadaan suami dan berusaha mencari ikhtiar untuk kesembuhan suami tercinta.

Ibu kepada dua cahaya mata kembar ini turut berterima kasih kepada ahli anggota keluarga dan kawan-kawan termasuk semua pengikutnya yang tidak henti-henti memanjatkan doa.

“Bagi saya pelbagai barang dan tip untuk cuba sembuhkan suami saya. Saya tidak mampu nak balas semua WhatsApp dan mesej di IG.

“Saya hanya mampu ucapkan terima kasih sekali lagi atas segala doa yang baik untuk diri saya dan suami serta bibik-bibik,” tulisnya.

Terdahulu pasangan itu dan dua orang pembantu rumahnya dijangkiti Covid-19 pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh.

Manakala anak kembarnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia lima tahun selamat dari dijangkiti wabak berbahaya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya