Sokong PICK, Siti Nurhaliza beri potongan harga produk BeauSiti - Utusan Malaysia

Sokong PICK, Siti Nurhaliza beri potongan harga produk BeauSiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin melaksanakan promosi jualan merangkumi dua rangkaian produk BeauSitinya yang berlangsung antara 16 hingga 30 September depan.

Siti menerusi satu kenyataan memberitahu, promosi tersebut melibatkan potongan harga sehingga RM25.

“Promosi ini melibatkan potongan 10 peratus bagi produk Beaukids dan 20 peratus bagi Beautessence.

“Potongan harga ini boleh dinikmati menerusi www.beausiti.my bagi mereka yang telah mendapatkan satu atau dua dos suntikan vaksin Covid-19,” katanya.

Selain itu, sempena ulang tahun ke-2 produk BeauSiti, bagi setiap pembelian Beautessence, pelanggan boleh mendapatkan Beaukids dengan harga istimewa iaitu RM2.

Promosi ini berlangsung satu hari iaitu pada Selasa, 14 September 2021.

Dalam pada itu, sambutan ulang tahun tersebut akan diadakan secara virtual pada esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya