PETALING JAYA: Memasang sasaran untuk mara ke ke separuh akhir perseorangan lelaki kategori SU5, pemain badminton negara, Cheah Liek Hou dijangka tidak berdepan masalah dalam aksi pembukaan Kumpulan B Sukan Paralimpik 2020.
Jurulatih kebangsaan, Datuk Rashid Sidek berkata, beliau dan Liek Hou telah membuat persediaan rapi bagi mengharungi temaysa tersebut di Tokyo.
Begitupun katanya, juara enam kali itu perlu menang satu persatu perlawanan terlebih dahulu dengan Ahmed Eldakrory dari Mesir menjadi cabaran pertamanya di Stadium Nasional Yoyogi hari ini.
“Untuk perlawanan pertama peringkat kumpulan B menentang pemain Mesir esok (hari ini), bagi saya tidak ada masalah untuk kita catatkan kemenangan berdasarkan prestasi Cheah sekarang.
“Memang kita sudah buat persiapan terbaik sebelum datang ke Tokyo dan untuk saingan awal ini, kita sasarkan Cheah mara ke separuh akhir sebagai juara kumpulan. Doakan kita berjaya,” katanya.