'Sembunyikanlah ibadahmu' - Aishah - Utusan Malaysia

‘Sembunyikanlah ibadahmu’ – Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berbeza dengan segelintir individu yang gemar mempertontonkan kebaikan yang dilakukan di media sosial, penyanyi, Aishah mengambil pendirian sebaliknya.

Aishah atau nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, baginya, amal ibadah yang dilakukannya bukan untuk ditunjukkan di media sosial.

“Semalam, bila saya muat naik video saya nyanyikan lagu Fan Club, ada yang mengingatkan saya supaya lebih banyak beribadah.

“Saya rakam video itu pun untuk membantu mengumpul dana. Tapi terima kasih di atas ingatan anda semua.

“Tapi, kita tidak akan nak menunjukkan amal ibadah kita buat dekat media sosial kot. Sembunyikanlah ibadahmu seperti kamu menyembunyikan keaibanmu,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, penyanyi lagu Janji Manismu menerusi perkongsian lain di IG meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan anak-anak, keluarga, kawan-kawan dan kelab peminat yang prihatin dan sentiasa memberi sokongan kepadanya.

“Itulah tanda kasih sayang sejati bila kita berada di belakang orang tersayang apabila mereka memerlukan.

“Susah senang bersama. Saya bertuah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya