Selepas 14 tahun Kim Swee dan FAM bercerai - Utusan Malaysia

Selepas 14 tahun Kim Swee dan FAM bercerai

ONG KIM SWEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Siapa bakal menjadi Pengarah Teknikal baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas kerusi itu ditinggalkan Datuk Ong Kim Swee yang berkuat kuasa awal bulan depan.

Kim Swee menyandang jawatan itu tidak sampai setahun selepas dilantik pada 1 Januari lalu menggantikan Peter de Roo.

Badan induk bola sepak negara itu, mengumumkan peletakan jawatan Kim Swee sebagai Pengarah Teknikal FAM selepas beliau menerima tawaran sebagai ketua jurulatih Sabah FC yang baharu.

Surat peletakan jawatan itu diserahkan Kim Swee kepada Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar hari ini.

Pihak pengurusan FAM telah menerima peletakan jawatan tersebut, seterusnya mencapai persetujuan bersama untuk melepaskan beliau ke jawatan baharunya itu berkuat kuasa 1 Oktober 2021.

“Kim Swee yang bakal mencecah usia 51 tahun pada 11 Disember depan telah berkhidmat bersama FAM selama 14 tahun.

“Ia bermula dari tahun 2007 dengan menjawat pelbagai jawatan iaitu ketua jurulatih skuad B-16 kebangsaan, skuad B-17 kebangsaan, skuad Harimau Muda, skuad B-23 kebangsaan, skuad kebangsaan, Ketua Unit Belia dan terakhir sebagai Pengarah Teknikal bermula Januari 2021.

“Antara kejayaan Kim Swee sepanjang bersama FAM ialah membimbing pasukannya muncul juara Piala Belia 2007, naib juara Piala Belia 2008, juara Liga Perdana 2009, pingat emas Sukan SEA 2011, juara Pestabola Merdeka 2013, pingat perak Sukan SEA 2017, suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 dan layak ke peringkat kalah mati pada Sukan Asia 2018,” tulis kenyataan tersebut.

FAM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kim Swee atas khidmat dan jasanya sepanjang bersama FAM dan mendoakan agar beliau berjaya dengan karier baharunya bersama Sabah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya