Selangor kembali catat kes positif tertinggi - Utusan Malaysia

Selangor kembali catat kes positif tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 14,990 kes berbanding semalam, 15,759 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kembali menjadi negeri terbanyak kes positif iaitu 2,414 kes diikuti Johor (1,880), Sarawak (1,712), Kelantan (1,573), Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199) dan Kedah (1,007).

“Lima negeri merekodkan kes tiga angka iaitu Terengganu (852), Pahang (688), Kuala Lumpur (338), Melaka (313) dan Negeri Sembilan (170).

“Perlis mencatatkan 97 kes dan Putrajaya, 30 kes manakala Labuan hanya tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya