“Segera pertimbangkan kelonggaran SOP bagi sektor kreatif” - Annuar Musa usul ke MKN - Utusan Malaysia

“Segera pertimbangkan kelonggaran SOP bagi sektor kreatif” – Annuar Musa usul ke MKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mendengar rintihan penggiat seni yang sudah lama “lemas” dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menyambung semula pekerjaan mereka.

Susulan itu, beliau akan mengusulkan pertimbangan sewajarnya kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar industri “kian tenat” ini segera dipulihkan.

“Para pendukung industri kreatif sudah begitu lama terkesan dengan PKP. Tiba masanya kita bentang ke MKN untuk segera pertimbangkan kelonggaran dengan SOP tertentu, khasnya bagi mereka yang sudah diberi dua suntikan vaksinasi. Semoga ada berita baik buat mereka tidak lama lagi,” ciap beliau menerusi akaun Twitternya hari ini.

Meninjau ruangan komen, Utusan Malaysia mendapati ramai senada dengan ciapan PM kesembilan ini dan terdapat juga individu yang menzahirkan rasa kejemuan apabila stesen TV kerap mengulangkan naskhah sama.

“Ha saya pun sudah bosan tengok TV ini. Asyik ulang cerita lama saja. Tiada cerita baharu daripada produksi yang popular,” luah pelayar Twitter berkenaan.

Setakat hari ini, penggiat seni tidak dibenarkan melakukan kerja utama mereka iaitu penggambaran terkecuali di negeri-negeri fasa dua dan ke atas. Sementara itu, kebanyakan sektor lain sudah diberi lampu hijau untuk beroperasi di negeri fasa satu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya