Saya tidak kuat untuk biayai semua itu - Iwan Fals - Utusan Malaysia

Saya tidak kuat untuk biayai semua itu – Iwan Fals

IWAN Fals terpaksa menanggung pekerja selepas hilang punca pendapatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi, Iwan Fals mengaku agak kecewa kerana tidak dapat melakukan persembahan secara langsung semasa musim pandemik ini.

Lapor portal Liputan6, penyanyi berusia 60 tahun itu berkata, dia tertekan dan berputus asa dengan keadaan sekarang yang cukup memberi kesan kepada kehidupannya sebagai seorang anak seni.

Katanya, dia juga terpaksa menanggung beberapa pekerja akibat ketiadaan sumber pendapatan.

“Sampai ada satu ketika, band saya, pasukan produksi dan kru terpaksa dibubarkan. Saya tidak kuat untuk membiayai semua itu,” katanya.

Namun begitu, empunya nama sebenar Virgiawan Listanto ini memberitahu dia perlu mengekalkan beberapa  pekerjanya yang bertugas menguruskan peralatan muzik.

“Selainnya terpaksa dibubarkan. Ya, kecewa juga. Panggung di rumah juga berkarat, sistem bunyi juga tetapi sekali- sekala digunakan. Agak kecewa,” katanya lagi.

Namun Iwan tetap berfikiran positif dan dia percaya apa yang berlaku turut dirasakan masyarakat seluruh dunia.

Katanya, kini dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan baharu dan cukup menghargai kesihatan termasuk pengambilan vitamin D untuk kekuatan dalaman badan.

“Dahulu, kita memandang pelik mereka yang berjemur ketika mandi di pantai.

“Sekarang baru saya sedar, oh rupanya untuk vitamin D. Jadi, sekarang saya ketawa sendiri sambil berjemur,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya