KUALA LUMPUR: Pelakon, Saharul Ridzwan mendedahkan dirinya masih dalam proses mendalami ilmu agama dan berharap penganut Islam lain juga dapat memimpin keluarga mereka dengan kesedaran tentang agama.
Menurut pelakon Tercipta Satu Ikatan itu, apabila pemimpin ada fikir risau akan agamanya, maka pasti usaha agama akan dibawa masuk walau di mana dia berada.
“Masha-Allah! Tahniah Tuan Amar. Pasti berseri-seri Balai Polis Jinjang dalam pandangan rahmat Allah.
“Saya tidak pandai agama, baru nak belajar ikut @maulana_helmi78 dan sahabat-sahabat bagi nasihat pada warga balai. Moga-moga Allah sertakan saya sekali bersama orang-orang hebat ini ke syurga firdausi, Insya-Allah.
“Begitu juga kita. Dalam keluarga cuba kita terapkan fikir risau tentang agama, pasti Allah beri sesuatu pada kita. Pengorbanan untuk Allah, pasti tidak akan sia-sia,” luah Saharul di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis membanjiri dengan ucapan semoga pelakon itu dipermudahkan segala urusannya dalam menghidupkan syiar Islam.
Pada pertengahan Ogos lalu, Saharul memaklumkan dirinya lebih memahami mengenai Islam selepas mengikuti kumpulan jemaah tabligh. – UTUSAN ONLINE