Saya bukan nak menunjuk - Amar Asyraf - Utusan Malaysia

Saya bukan nak menunjuk – Amar Asyraf

AMAR ASYRAF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Amar Asyraf menegaskan, tindakannya memuat naik perbualan bersama penerima bantuan di media sosial bukan berniat menunjuk kebaikan.

Amar atau nama sebenar Amar Asyraf Zailuddin, 34, berkata, sebaliknya tindakan itu adalah untuk memberitahu pelanggan bahawa sebahagian hasil jualan produknya telah digunakan untuk membantu golongan memerlukannya.

“Insya-Allah kepada tuan-puan yang infaq kepada saya, saya ada gunakan sedikit duit tuan puan beli produk saya untuk sedekah kepada orang.

“Harap tuan-puan tahu aliran duit tuan-puan. Di sini saya ingin nyatakan saya bukan nak menunjuk, saya cuma nak orang tahu pergerakan duit-duit mereka.

“Semoga amal-amal yang dibuat ini menjadi asbab hidayat seluruh alam,” tulisnya di Instagram.

Amar mula menempa nama dalam dunia lakonan selepas filem pertamanya, Penunggu Istana yang ditayangkan pada 2011.

Dia meningkat popular menerusi filem Setia Hujung Nyawa pada 2012.

Bertitik tolak dari situ, pelakon berbakat besar itu kemudian sering muncul dalam beberapa drama termasuk Encik Suami Mat Salih Celup dan Menantu Bilal.

Pada 2013, dia mendirikan rumah tangga bersama suri hari pilihan, Arna Salleh.

Pada 2015, Amar dinobatkan Pelakon Terbaik Kategori Drama di Anugerah Skrin 2015, sekali gus meletakkan dirinya sebaris pelakon-pelakon hebat di Malaysia.

Pelakon filem Penunggu Istana ini kini giat mengusahakan perniagaan makanan termasuk produk sambalnya yang semakin laris di pasaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya