Sarawak United didenda RM43,000 - Utusan Malaysia

Sarawak United didenda RM43,000

KAMIL ZAKARIA melayangkan melayangkan kad merah kepada penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee sewaktu perlawanan Liga Perdana menentang Negeri Sembilan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Jumaat lalu.- YOUTUBE MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tindakan ‘ala samseng’ pegawai dan pemain Sarawak United akhirnya menerima padah apabila tiga pemain dan tiga pegawainya digantung serta didenda dengan nilai keseluruhan berjumlah RM43,000.

Keputusan itu diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu dalam mesyuarat kali keempat bagi penggal 2021-2025 yang diadakan secara dalam talian, hari ini.

Tumpuan sudah pasti terarah kepada penjaga gol Sarawak United, Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang dikatakan pencetus kepada insiden menyerang pengadil ketika aksi menentang Negeri Sembilan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 10 September lalu.

Sharbinee yang juga bekas penjaga gol kebangsaan didapati melakukan dua kesalahan apabila melanggar Artikel 50.1(d) dan Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang menyaksikan dia digantung lima aksi serta denda RM7,000.

“Penggantungan lima perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik yang dikenakan ke atas pemain ini adalah seperti berikut, tertakluk kepada sebarang pindaan jadual perlawanan oleh pihak penganjur.

“Pertama digantung perlawanan Liga Perdana 2021, Johor Darul Ta’zim II lawan Sarawak United pada 21 September ini.

“Baki penggantungan empat lagi perlawanan adalah berkuatkuasa serta-merta pada empat perlawanan rasmi Liga Malaysia yang berikutnya sama ada musim yang sama atau musim hadapan (tidak termasuk perlawanan persahabatan dan pertandingan bukan kelolaan FAM/MFL/AFL) tanpa mengira mana-mana pasukan pemain ini didaftarkan.

“Pemain ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” kata Baljit.

Dua lagi rakan sepasukannya, Mohammad Amer Saidin dan Mohd Badrul Affendy Mohd Fadzli masing-masing digantung dua dan empat perlawanan bermula aksi dengan JDT II, Selasa ini.

Turut meneriman hukuman adalah dua pegawai pasukan di mana Rudy Bujang digantung selama enam bulan dan denda RM10,000 serta Abang Fomay Abang Sa’adeli yang digantung dua perlawanan dan RM10,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya