LONDON: Jurulatih olahraga, Alberto Salazar akan menjalani penggantungan selama empat tahun kerana kesalahan doping selepas rayuannya di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) gagal.
Bekas pengendali Projek Nike Oregon itu digantung pada 2019 kerana terlibat dengan kesalahan doping.
CAS bagaimanapun enggan memberi komen terhadap perkara itu.
Salazar terkenal sebagai jurulatih juara Sukan Olimpik empat kali, Mo Farah sudah digantung sejak Kejohanan Dunia di Doha, dua tahun lalu.
Siasatan oleh Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) sebelum ini mendapati, Salazar cuba mengedar testosteron melebihi had yang dibenarkan kepada atlet dan ia menyalahi peraturan yang ditetapkan.
USADA berkata, siasatan mereka menemui banyak bahan bukti termasuk kenyataan saksi, testimoni, emel dan rekod pesakit.
Salazar yang juga jurulatih kepada Sifan Hassan semasa menjalani penggantungan menafikan perbuatan itu.-AFP